Sunday 21 May 2017

MANUSIA


Hello adik - adik. Kembali lagi ke Crayon - Crayon Physics.

Hari ini kita akan belajar subtopik sains darjah 4 iaitu...MANUSIA.


A. BERNAFAS



Adik - adik apakah organ pernafasan manusia?


Organ Pernafasan manusia terdiri daripada :
  • Hidung
  • Mulut
  • Salur udara (Trakea)
  • Peparu

Mekanisma Pernafasan:

Mekanisma Pernafasan terdiri daripada proses tarik nafas dan proses hembus nafas.


Kadar Pernafasan:

Kadar Pernafasan ialah bilangan pergerakan dada pada suatu masa. Kadar pernafasan akan meningkat semasa aktif dan menurun apabila berehat.


Upin Ipin dah penat bermain. Kadar pernafasan bagi Upin dan Ipin sekarang apa adik- adik?

Adik - adik tonton video dibawah↓:


B. BERKUMUH

Organ Perkumuhan manusia terdiri daripada : Peparu (paru-paru), Ginjal, dan Kulit.


Hasil Permuhan ialah:
1. Air Kencing 
  • Disingkirkan oleh Ginjal
  • Mempunyai Urea, Garam Galian, Air

2. Peluh

  • Dikeluarkan oleh Kelenjar Peluh
  • Mempunyai Urea, Gram Galian, Air
3. Wap Air

  • Dikeluarkan oleh Peparu
  • Dalam udara yang dihembus
4. Karbon dioksida

  • Dikeluarkan oleh peparu
  • Dalam udara yang dihembus


C. BERNYAHTINJA



Pernyahtinjaan ialah penyingkiran bahan tidak hadam dalam bentuk tinja (tahi/najis). Dibentuk dalam usus besar. Keluar melalui dubur. Untuk mengekalkan kesihatan.

Adik - adik tonton video dibawah↓:


D. GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

Organ yang bertindak akan ransangan ialah:
  1. Hidung (Bau)
  2. Telinga (Bunyi)
  3. Cahaya (Mata)
  4. Sentuh (Kulit)
  5. Rasa (Lidah)
Organ yang bertindak pada ransangan penting untuk melindungi diri dari bahaya, dan untuk kemandirian spesis.


E. MEMBIAK
Manusia membiak dengan melahirkan anak. Untuk mengekalkan kesinambungan spesies manusia dan menghasilkan generasi baru.


Sampai di sini sahaja.Jumpa lagi di slot akan datang. Terima Kasih☺☺











No comments:

Post a Comment

MANUSIA

Hello adik - adik. Kembali lagi ke Crayon - Crayon Physics. Hari ini kita akan belajar subtopik  sains darjah 4 iaitu... MANUSIA. ...