Sunday 21 May 2017

MANUSIA


Hello adik - adik. Kembali lagi ke Crayon - Crayon Physics.

Hari ini kita akan belajar subtopik sains darjah 4 iaitu...MANUSIA.


A. BERNAFAS



Adik - adik apakah organ pernafasan manusia?


Organ Pernafasan manusia terdiri daripada :
  • Hidung
  • Mulut
  • Salur udara (Trakea)
  • Peparu

Mekanisma Pernafasan:

Mekanisma Pernafasan terdiri daripada proses tarik nafas dan proses hembus nafas.


Kadar Pernafasan:

Kadar Pernafasan ialah bilangan pergerakan dada pada suatu masa. Kadar pernafasan akan meningkat semasa aktif dan menurun apabila berehat.


Upin Ipin dah penat bermain. Kadar pernafasan bagi Upin dan Ipin sekarang apa adik- adik?

Adik - adik tonton video dibawah↓:


B. BERKUMUH

Organ Perkumuhan manusia terdiri daripada : Peparu (paru-paru), Ginjal, dan Kulit.


Hasil Permuhan ialah:
1. Air Kencing 
  • Disingkirkan oleh Ginjal
  • Mempunyai Urea, Garam Galian, Air

2. Peluh

  • Dikeluarkan oleh Kelenjar Peluh
  • Mempunyai Urea, Gram Galian, Air
3. Wap Air

  • Dikeluarkan oleh Peparu
  • Dalam udara yang dihembus
4. Karbon dioksida

  • Dikeluarkan oleh peparu
  • Dalam udara yang dihembus


C. BERNYAHTINJA



Pernyahtinjaan ialah penyingkiran bahan tidak hadam dalam bentuk tinja (tahi/najis). Dibentuk dalam usus besar. Keluar melalui dubur. Untuk mengekalkan kesihatan.

Adik - adik tonton video dibawah↓:


D. GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

Organ yang bertindak akan ransangan ialah:
  1. Hidung (Bau)
  2. Telinga (Bunyi)
  3. Cahaya (Mata)
  4. Sentuh (Kulit)
  5. Rasa (Lidah)
Organ yang bertindak pada ransangan penting untuk melindungi diri dari bahaya, dan untuk kemandirian spesis.


E. MEMBIAK
Manusia membiak dengan melahirkan anak. Untuk mengekalkan kesinambungan spesies manusia dan menghasilkan generasi baru.


Sampai di sini sahaja.Jumpa lagi di slot akan datang. Terima Kasih☺☺











BUMI DAN ALAM SEMESTA



Hi semua kembali lagi ke Caryon - Crayon Physics

Adik -adik kenal tak ini siapa??
Sudah tentu adik -adik kenal.. Dr Sheikh Muzaffar Syukur, Angkasawan Pertama Malaysia.

Adik - adik mahu berjaya seperti beliau?☺☺

Baiklah kali ini kita akan belajar subtopik 
sains darjah 4 iaitu...BUMI DAN ALAM SEMESTA

Sistem SuriaAhli Sistem Suria   - a) matahari



                                                           - b) planet - planet



                                                           - c) satelit semula jadi



                                                           - d) asteroid



                                                           - e) meteoroid


                                                           - f) komet



a) Matahari

Matahari adalah objek paling besar dalam sistem suria. Ianya merupakan satu bintang dalam sistem suria. Matahari ialah pusat sistem suria. 9 planet mengelilinginya. Matahari merupakan sumber kehidupan bumi (tenaga cahaya dan haba).

Saturday 20 May 2017

SIFAT BAHAN


Hello from the outside ☺☺☺
Hai bertemu lagi dalam Crayon  Crayon Physics

Kali ini saya akan menyentuh tajuk SIFAT BAHAN subtopik Darjah 4

Adik- adik... setiap bahan atau objek di atas muka ini mempunyai sifat-sifatnya yang tertentu. 

Antara sifat-sifat bahan ialah:
  • Kebolehan menyerap air
  • Kebolehan terapung didalam air
  • Kekenyalan
  • Kebolehan mengalirkan arus elektrik
  • Kebolehan mengalirkan haba
  • Kebolehan penembusan cahaya


Soalan: Kertas  litmus menyerap air atau tidak?

PROSES HIDUP HAIWAN



Selamat Kembali Ke Caryon - Crayon Physics

Hari ini saya akan menyentuh tajuk sains darjah 4 iaitu...
PROSES HIDUP HAIWAN 

Organ Pernafasan Haiwan Terbahgi Kepada 4  iaitu ↓ 




Peparu dengan paru- paru itu sama ke?


Jawapannya : Ya ianya sama☺ 



  1. Haiwan yang menggunakan peparu menyingkirkan karbon dioksida dan air













2. Haiwan yang menggunakan kulit lembab 
menyingkirkan urea, garam galian dan air dalam bentuk peluhOksigen dari udara terus masuk ke dalam tubuh melalui kulit lembab.





3. Haiwan yang menggunakan insang menyerap oksigen dan karbon dioksida di keluarkan di insang. Air mengandungi oksigen masuk melalui mulut dan keluar melalui insang.







  


4. Haiwan yang menggunakan sprakel, udara masuk melalui spirakel di bahagian sisi badan serangga. Udara melalui salur udara kemudian terus ke sel-sel.









★★ 











Thursday 18 May 2017

KETUMPATAN (DENSITY)



Hi adik -adik..
Selamat datang ke Crayon Crayon Physics

Wau... sedapnya air sirap ais ni..❤❤❤
Tapi kenapa ais tu  terapung di permukaan air?


Apa yang adik - adik fikirkan sekarang ?
Tik..
Tok..
Tik..
Tok..
ok masa itu emas adik- adik


Ha.. adik - adik nak tau kenapa??☺☺Haha..
Konsep KETUMPATAN digunakan pada fenomena di atas. Bahan yang kurang tumpat akan timbul  di dalam bahan yang lebih  tumpat daripadanya manakala bahan yang lebih tumpat akan tenggelam di dalam bahan yang kurang tumpat daripadanya. Jadi ais kurang tumpat berbanding air. Ais terapung dipermukaan air.

Apa itu Ketumpatan??
Ketumpatan ialah jisim bagi setiap unit isi padu sesuatu bahan.

Ketumpatan boleh dihitung menggunakan formula dibawah:

Unit bagi ketumpatan ialah kg m-3 atau g cm-3.

 Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada dua faktor:
  • Jisim.
    Lebih besar jisim, semakin besar ketumpatannya.
  • Isipadu.
    Lebih besar isipadu, semakin kecil ketumpatannya.


Jadual berikut menunjukkan ketumpatan pelbagai jenis bahan-bahan:





Bulan April 2017 kami telah membuat pameran sains yang menerangkan konsep Ketumpatan ini. Adik-adik boleh cuba eksperiment ini dirumah. 


Eksperimen Ketumpatan (Dencity Experiment)

Tonton video di bawah ini jom....↓↓


Adik-adik akan nampak setiap bahan yang digunakan terpisah mengikut layer.
☝☝☝☝☝☝Kenapa ia tidak bercampur? Fikirkan dan bincangkan bersama ibubapa, guru dan kawan-kawan adik ☺

☝☝☝☝☝☝Apakah nilai ketumpatan setiap bahan diatas? Mr Google kan ada.. Rajin - rajin menggoogle ya.☺


Jika adik mahu berjaya siapkan tugasan di atas segera.
 Saya yakin adik-adik boleh.

MANUSIA

Hello adik - adik. Kembali lagi ke Crayon - Crayon Physics. Hari ini kita akan belajar subtopik  sains darjah 4 iaitu... MANUSIA. ...