Thursday, 18 May 2017

KETUMPATAN (DENSITY)



Hi adik -adik..
Selamat datang ke Crayon Crayon Physics

Wau... sedapnya air sirap ais ni..❤❤❤
Tapi kenapa ais tu  terapung di permukaan air?


Apa yang adik - adik fikirkan sekarang ?
Tik..
Tok..
Tik..
Tok..
ok masa itu emas adik- adik


Ha.. adik - adik nak tau kenapa??☺☺Haha..
Konsep KETUMPATAN digunakan pada fenomena di atas. Bahan yang kurang tumpat akan timbul  di dalam bahan yang lebih  tumpat daripadanya manakala bahan yang lebih tumpat akan tenggelam di dalam bahan yang kurang tumpat daripadanya. Jadi ais kurang tumpat berbanding air. Ais terapung dipermukaan air.

Apa itu Ketumpatan??
Ketumpatan ialah jisim bagi setiap unit isi padu sesuatu bahan.

Ketumpatan boleh dihitung menggunakan formula dibawah:

Unit bagi ketumpatan ialah kg m-3 atau g cm-3.

 Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada dua faktor:
  • Jisim.
    Lebih besar jisim, semakin besar ketumpatannya.
  • Isipadu.
    Lebih besar isipadu, semakin kecil ketumpatannya.


Jadual berikut menunjukkan ketumpatan pelbagai jenis bahan-bahan:





Bulan April 2017 kami telah membuat pameran sains yang menerangkan konsep Ketumpatan ini. Adik-adik boleh cuba eksperiment ini dirumah. 


Eksperimen Ketumpatan (Dencity Experiment)

Tonton video di bawah ini jom....↓↓


Adik-adik akan nampak setiap bahan yang digunakan terpisah mengikut layer.
☝☝☝☝☝☝Kenapa ia tidak bercampur? Fikirkan dan bincangkan bersama ibubapa, guru dan kawan-kawan adik ☺

☝☝☝☝☝☝Apakah nilai ketumpatan setiap bahan diatas? Mr Google kan ada.. Rajin - rajin menggoogle ya.☺


Jika adik mahu berjaya siapkan tugasan di atas segera.
 Saya yakin adik-adik boleh.

No comments:

Post a Comment

MANUSIA

Hello adik - adik. Kembali lagi ke Crayon - Crayon Physics. Hari ini kita akan belajar subtopik  sains darjah 4 iaitu... MANUSIA. ...